Sabtu, 30 April 2022 | 10:10am

Trafik di lebuh raya ke Utara, Timur sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang ramai balik ke kampung sempena Aidilfitri, hari ini.

Tinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga jam 9 pagi tadi mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.

Kamera di Tapah: Trafik sesak arah Utara; ▪Hospital Sg Buloh ke Bkt Beruntung; Bukit Tagar ke Tg.Malim, Slim River ke Sungkai, Sungkai ke RnR Tapah, Persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sg Perak. - Twitter LLM

Trafik juga perlahan di lebuh raya sama arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya; selepas Sungai Buaya ke Bukit Tagar; dari Lembah Beringin ke Behrang; susur keluar persimpangan Sungkai ke Plaza Tol Sungkai; dari Bidor ke Gopeng; dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara dan sebelum Sungai Perak ke Kuala Kangsar.

Selain itu, Lebuhraya Utara Selatan arah utara turut perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya; dari Slim River ke Sungkai akibat 'bottle neck' dan dari Tapah ke Gopeng.

Pemandangan udara aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur kelihatan sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini. Tol percuma diberikan kepada pengguna untuk empat hari, bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) serta pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad). - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik sesak arah timur dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) (Bandar Dalam) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Sementara itu menjelang jam 12 tengah hari, tinjauan menerusi Twitter LLM mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.

Aliran trafik mulai perlahan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Putra Mahkota ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Seremban; Port Dickson ke Senawang dan dari Plaza Tol Pedas Linggi ke Simpang Ampat, manakala arah utara pula perlahan di Ayer Hitam ke Yong Peng.

Di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), trafik dilaporkan sesak di sebelum masuk Plaza Tol Karak arah Kuantan.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pula mulai sesak sebelum keluar Plaza Tol Kuala Terengganu arah pusat bandar.

Di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pula, trafik sesak selepas Sentul Pasar ke Greenwood terus ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Trafik sesak arah Timur dari lebuhraya DUKE (Bandar Dalam) dan MRR2 (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang. - Twitter LLM
Trafik sesak arah Timur dari lebuhraya DUKE (Bandar Dalam) dan MRR2 (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang. - Twitter LLM
Pemandangan udara aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur kelihatan sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini. Tol percuma diberikan kepada pengguna untuk empat hari, bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) serta pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad). - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Pemandangan udara aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur kelihatan sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini. Tol percuma diberikan kepada pengguna untuk empat hari, bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) hingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) serta pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad). - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Berita Harian X