Sabtu, 30 April 2022 | 10:00am

Valeria Residences satukan alam sekitar, komuniti

Gamuda Gardens bakal melancarkan Valeria Residences yang menonjolkan rekaan biophilic hasil gabungan senibina rekaan kediaman dengan alam semula jadi.

Bertempat di koridor pembangunan utara Lembah Klang, Gamuda Gardens yang berkeluasan 810 ekar ini, boleh diakses dengan mudah melalui lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Koridor Utara-Selatan, LATAR dan Guthrie.

Penolong Pengurus Besar Gamuda Gardens, Wong Siew Lee, berkata pemilihan seni reka biophilic Valeria Residences ini diilhamkan bagi menghubungkan semula komuniti dengan alam semula jadi.

Ia bukanlah konsep yang asing bagi Gamuda Land. Malah penekanan aspek keharmonian dengan alam semulajadi telah pun menjadi sebahagian daripada DNA Gamuda Land sejak projek pertamanya di Kota Kemuning.

"Kajian saintifik telah membuktikan bahawa integrasi bersama alam semula jadi, sama ada dalam bentuk tumbuhan atau cahaya semula jadi sebenarnya amat bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

"Justeru, aspirasi dan falsafah ini adalah diterapkan dengan teliti di seluruh Gamuda Gardens," katanya.

Seni reka bagi 434-unit Valeria Residences menampilkan ruang makan double volume di mana struktur ketinggian ruang makan adalah dua kali lebih tinggi ini membolehkan pengaliran cahaya semulajadi ke bahagian tengah ruang tamu serta ruang taman dalam kediaman.

Unsur ini membantu meningkatkan suasana dalaman serta membolehkan penghuni menikmati keindahan taman eksklusif di ruang kediaman mereka sendiri.

Kemudahan taman rekreasi alam semula jadi.
Kemudahan taman rekreasi alam semula jadi.

Elemen keindahan semula jadi Valeria Residences ini tidak hanya terbatas dari sudut senireka sahaja, malahan keseluruhan presint itu sendiri, bersama-sama tasik memainkan peranan penting sebagai taman pendebungaan dalam mencetus dan mengekalkan biodiversiti dan ekosistem yang optimum di Gamuda Gardens.

Inisiatif ini selaras dengan penanda aras bagi pelaksanaan teras pertama Pelan Hijau Gamuda 2025: Perancangan dan Reka bentuk Mampan untuk Pembinaan Pelan itu menggariskan rangka kerja komprehensif yang menetapkan sasaran untuk Gamuda Group dipacu berdasarkan dimensi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya.

Siew Lee berkata, Gamuda Land adalah pemaju hartanah pertama di Malaysia yang menggunakan rangka kerja komprehensif ini di mana ianya mampu mencapai sehingga 40% pengurangan pelepasan karbon, apabila ia dilaksanakan bersama-sama dengan perancangan induk yang lestari.

"Sesebuah perbandaran mengambil masa bertahun untuk dibangunkan. Oleh itu kami perlu menjangka lebih awal keperluan komuniti di masa akan datang dan bukan hanya pada masa kini sahaja.

"Visi kami adalah untuk membina bandar yang mampu bertahan lama seiring dengan peredaran masa dan inilah aspek asas yang diutamakan dalam penghasilan bandar yang mampan." katanya.

Menurut Siew Lee, sebuah bandar bukan sahaja menjadi tempat yang akan dinikmati dalam meniti usia, malah ia juga adalah tempat untuk mencipta memori bersama yang tersayang.

"Kami ingin memupuk semangat kejiranan dan semangat kekitaan dikalangan penduduk Gamuda Gardens dan secara tidak langsung melahirkan rasa bangga menjadi sebahagian komuniti disini," katanya.

Kedudukan Valeria Residences yang hanya bersebelahan dengan Central Park seluas 50 ekar membolehkan komunitinya menikmati keindahan alam semula jadi dan pemandangan lima tasik bertingkat yang mendamaikan jiwa.

Kesungguhan dalam menitikberatkan aspek alam semula jadi di samping mengekalkan pelbagai biodiversiti melalui prinsip rekaannya melayakkan Gamuda Gardens Central Park dinobatkan sebagai penerima Anugerah Hartanah FIABCI 2021 bagi kategori pemulihan alam sekitar.

Kediaman serba lengkap penuhi gaya, keperluan penduduk.
Kediaman serba lengkap penuhi gaya, keperluan penduduk.

Bagi memacu perkembangan perbandaran ini, pelan induk Gamuda Gardens turut meliputi pembinaan Waterfront Village yang menawarkan elemen gaya hidup yang lengkap.

Komponen ini turut dikuatkan oleh pelbagai kemudahan yang ditawarkan di Xploria Gamuda Gardens termasuk taman hiburan air, Big Bucket Splash serta Paws Playground yang disediakan khusus bagi haiwan peliharaan.

Selain itu, Gamuda Parks Nature School juga menawarkan aktiviti luar seperti menunggang kuda dengan bimbingan dari 3Q Equestrian.

Tambah mengujakan, perbandaran ini juga akan mempunyai taman aktiviti Skyline Luge iaitu sukan kereta luncur yang berkonsepkan tarikan graviti yang pertama di Malaysia.

Skyline Luge ini dibina di atas tapak seluas 40,000 kaki berhadapan Gamuda Gardens dan dijangka akan dibuka kepada pengunjung pada tahun 2023.

Keseluruhan segmen ini memberikan identiti tersendiri kepada rangkaian infrastruktur yang terdapat di Gamuda Gardens dan memberikan impak kepada mobiliti mampan dalam mengurangkan jejak karbon di mana pada masa yang sama dapat membina komuniti yang sihat.

Ini termasuklah penyediaan laluan pejalan kaki dan berbasikal sepanjang 68 kilomer mengelilingi seluruh pebandaran Gamuda Gardens sekali gus meletakkan segala-galanya dalam jangkauan penghuni selaras dengan prinsip pembangunan Gamuda Land, "penempatan yang tepat akan menjadikan sesebuah bandar itu lebih berfungsi".

Berita Harian X