Isnin, 25 April 2022 | 12:53pm
Lazada Malaysia mengadakan jelajah pameran bergerak bertemakan ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ dengan kombinasi integrasi pembelian offline to online (O2O) sempena Ramadan dan Aidilfitri
Lazada Malaysia mengadakan jelajah pameran bergerak bertemakan ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ dengan kombinasi integrasi pembelian offline to online (O2O) sempena Ramadan dan Aidilfitri

Lazada Roadshow serlah konsep jualan offline to online

KUALA LUMPUR: Lazada Malaysia mengadakan jelajah pameran bergerak bertemakan 'Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati' dengan kombinasi integrasi pembelian offline to online (O2O) sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Pemasaran, Schrene Goh, berkata jelajah O2O yang kali pertama diadakan akan menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk orang ramai.

Jelajah ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memegang dan merasai produk yang disediakan serta membelinya secara terus dengan mengimbas kod QR di aplikasi Lazada.

Ketua Pegawai Pemasaran Lazada, Schrene Goh.
Ketua Pegawai Pemasaran Lazada, Schrene Goh.

"Orang ramai juga boleh merebut diskaun dan baucar promosi dari pelbagai jenama barangan dalam kategori fesyen, perhiasan, perkakasan rumah serta peralatan elektronik," katanya pada pelancaran acara itu, baru-baru ini.

Siri jelajah ini akan diadakan di beberapa bazar Ramadan serta lokasi trak makanan di sekitar Lembah Klang sepanjang dua minggu.

Orang ramai yang tidak dapat hadir kerana lokasi dapat turut serta secara dalam talian yang mana siaran secara langsung selama satu jam dapat ditonton menerusi aplikasi Lazada, pada setiap tarikh jelajah.

Sepanjang tempoh siri jelajah ini, Lazada akan mengawasi serta mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) iaitu individu perlu mengimbas MySejahtera selain hanya lima orang maksimum dibenarkan berada dalam trak pada satu-satu masa.

Namun, bagi orang ramai yang hadir bersama ahli keluarga akan diberi kelonggaran untuk masuk bersama dalam trak.

Lazada Malaysia mengadakan jelajah pameran bergerak bertemakan ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ dengan kombinasi integrasi pembelian offline to online (O2O) sempena Ramadan dan Aidilfitri.
Lazada Malaysia mengadakan jelajah pameran bergerak bertemakan ‘Lazada Roadshow Bertambah-Tambah ke Hati’ dengan kombinasi integrasi pembelian offline to online (O2O) sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Selain daripada aktiviti jelajah ini, konsert khas LazLive 'Akustika Mubarak Bertambah-Tambah ke Hati' akan diadakan pada malam iniiaitu pada jam 10 malam hingga 12 tengah malam dengan persembahan khas oleh artis jemputan seperti Shila Amzah, Alif Aziz, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Goh berkata, segmen khas LazadaForGood juga diadakan bagi membantu komuniti dan keluarga miskin yang memerlukan bantuan dari segi makanan, penjagaan kesihatan serta keperluan harian sepanjang Ramadan.

"Ini adalah satu platfom pemberian derma secara digital bertujuan bagi mengumpulkan dana untuk Islamic Relief Malaysia dan juga badan amal yang lain seperti Mercy Malaysia dan The Lost Food Project, katanya.

Berita Harian X