Jumaat, 22 April 2022 | 8:40pm
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim dekat Bukit Palah, hari ini. Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (tiga, kiri). - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim dekat Bukit Palah, hari ini. - Foto BERNAMA

Agong buka puasa bersama rakyat Melaka

MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berbuka puasa bersama 1,600 rakyat Melaka, di Dataran Pusat Islam, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Dataran Pusat Islam kira-kira jam 7 petang itu, diiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman; Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta isteri, Datin Seri Munirah M Yusof.

Baginda kemudiannya menyertai solat Maghrib berjemaah di Masjid Al-Azim, di sini yang diimamkan oleh Imam Besar masjid berkenaan, Datuk Mohamad Hashim.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan membeli juadah berbuka puasa selain beramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan Peringgit, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam (kiri). - Foto BERNAMA

Siang tadi, baginda berdua mencemarkan duli ke program lawatan turun padang di Bazar Ramadan Bukit Peringgit, di sini kira-kira jam 5 petang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam rangka lawatan ke Melaka selama dua hari sehingga esok.

Hari kedua lawatan esok, Al-Sultan Abdullah selaku ketua agama bagi negeri itu, berkenan menyerahkan watikah kepada 10 Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) l, sebelum berangkat pulang kira-kira jam 12 tengah hari.

Berita Harian X