Khamis, 21 April 2022 | 8:24pm
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Pengurniaan Sumbangan di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini. Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib (kiri) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan). - Foto BERNAMA

Agong berbuka di Masjid Jamek Negeri

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, di Masjid Jamek Negeri di sini malam ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 6.30 petang diiringi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada majlis itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 asnaf.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat maghrib. – BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Pengurniaan Sumbangan di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini. Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Ragad Kurdi Taib (tiga, kanan) dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri). - Foto BERNAMA

Berita Harian X