X
Rabu, 20 April 2022 | 4:43pm
Anggota polis membuat sekatan jalan di kawasan Nibong Tebal berikutan kejadian tahanan warga asing melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, hari ini.
Anggota polis membuat sekatan jalan di kawasan Nibong Tebal berikutan kejadian tahanan warga asing melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, hari ini.
Keadaan lokasi di mana enam tahanan yang lolos dari Depot Imigresen maut dirempuh kenderaan ketika melintasi Lebuhraya Utara-Selatan.
Keadaan lokasi di mana enam tahanan yang lolos dari Depot Imigresen maut dirempuh kenderaan ketika melintasi Lebuhraya Utara-Selatan.

"Mayat bergelimpangan di lebuh raya" - saksi

NIBONG TEBAL: Mayat enam tahanan yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di Bandar Baharu, dekat sini, bergelimpangan di sekitar lebuh raya selepas dirempuh kenderaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.50 pagi ketika semua mangsa bersama tahanan yang lain cuba melintasi laluan di Kilometer 165 Lebuhraya Utara-Selatan.

Penduduk Kampung Sungai Kechil yang hanya ingin dikenali sebagai Atan, 36, menggambarkan situasi yang berlaku di hadapan matanya ketika keluar untuk menghantar anaknya ke sekolah itu sebagai cukup menyedihkan.

"Mayat mereka bergelimpangan dengan empat di pinggir laluan, manakala dua lagi iaitu kanak-kanak di atas lebuh raya.

"Memang ia adegan yang menyedihkan. Nyawa yang tidak bersalah terkorban begitu sahaja," katanya

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi, sejumlah 528 tahanan membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI) kebanyakannya etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau.

Difahamkan, 88 daripada mereka ditahan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Sementara itu, 229 tahanan lagi ditahan penduduk kampung di kawasan KM168 Lebuh Raya Utara Selatan ketika menyusuri laluan terbabit, selepas rakan mereka maut dirempuh kenderaan ketika cuba melintasi lebuh raya terbabit.

Sementara itu, rakaman video turut tersebar mengenai tahanan terbabit bergerak beramai-ramai selepas meloloskan diri, selain satu lagi rakaman di lokasi kemalangan menyebabkan enam daripada maut dirempuh kenderaan.

Dalam pada itu, Atan berkata, penduduk Kampung Sungai Kechil kini bimbang dengan keselamatan masing-masing susulan kejadian itu, apatah lagi dengan ramai lagi yang masih bebas.

Anggota polis membuat sekatan jalan di kawasan Nibong Tebal berikutan kejadian tahanan warga asing melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, hari ini.
Anggota polis membuat sekatan jalan di kawasan Nibong Tebal berikutan kejadian tahanan warga asing melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, hari ini.

Jarak antara depot Imigresen itu dengan Kampung Sungai Kechil hanyalah kira-kira lima kilometer, dengan ramai antara tahanan terbabit memasuki kampung ketika dalam perjalanan menuju lebuh raya berdekatan.

Atan berkata, ada antara tahanan terbabit meminta air daripada penduduk kampung kerana dahaga.

"Saya tak rasa mereka yang lolos itu dapat pergi jauh dan mungkin masih berkeliaran di sekitar kampung.

"Harapnya mereka dapat ditahan secepat mungkin supaya penduduk kampung tidakl merasa terancam," katanya.

Polis kini memburu baki 205 lagi tahanan masih lolos dengan sekatan jalan raya diadakan di beberapa lokasi, selain rondaan menggunakan unit kereta peronda di sekitar kawasan ladang kelapa sawit.

Berita Harian X