Sabtu, 16 April 2022 | 1:32pm
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) bersama Pengurus Besar, Sokongan Jualan dan Pemasaran, The New Straits Times (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman mengacau bubur lambuk pada Program Semarak Kasih Ramadan KPLB-BH di Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir

Sebahagian kanak-kanak belajar cara mengambil wuduk pada Program Semarak Kasih Ramadan KPLB-BH di Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. - Foto /LUQMAN HAKIM ZUBIR
Sebahagian kanak-kanak belajar cara mengambil wuduk pada Program Semarak Kasih Ramadan KPLB-BH di Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. - Foto /LUQMAN HAKIM ZUBIR

Semarak Kasih Ramadan KPLB-BH: 600 pek bubur lambuk diagih

PADANG TERAP: Sejumlah 600 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai sempena program Semarak Kasih Ramadan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)-BH yang berlangsung di FELDA Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Pengurus Besar, Sokongan Jualan dan Pemasaran, The New Straits Times (NSTP),Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tengah) bersama sebahagian kanak-kanak pada Program Semarak Kasih Ramadan KPLB-BH di Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, Padang Terap. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB, Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Pengerusi Masjid Al Barakah, Sharunniza Md Tajuddin.

Pengurus Besar, Sokongan Jualan dan Pemasaran, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, berkata program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memotong dan menyisir daging lembu dilakukan penduduk kampung, kakitangan KPLB dan turut dibantu ahli jawatankuasa masjid.

Katanya, semua juadah berbuka seperti bubur lambuk dan gulai batang pisang disediakan penduduk kampung dan pegawai serta kakitangan KPLB yang memulakan aktiviti memasak seawal jam 7 pagi di Masjid Al Barakah, FELDA Lubuk Merbau.

"Mereka bertungkus-lumus menyediakan persiapan juadah berbuka puasa dan memasak bubur lambuk yang kemudian diagih kepada masyarakat setempat," katanya ketika ditemui.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap turut bersama penduduk memasak gulai kawah dan mengacau bubur lambuk yang menjadi hidangan istimewa pada program kali ini.

Ahmad Zaini berkata, pada masa sama turut berjalan serentak adalah program 'Smart Solat' membabitkan kanak-kanak bawah 12 tahun yang dibimbing pihak pengurusan masjid.

"BH berasa teruja dapat meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat pada skala besar seperti hari ini, selepas program seumpama yang dilaksana sejak 2009 terpaksa direhatkan selama dua tahun.

"Alhamdulillah tahun ini, BH bersama KPLB dapat sama-sama turun padang menyantuni golongan yang memerlukan, terutamanya golongan asnaf, anak yatim, ibu tunggal miskin dan fakir miskin," katanya.

Pada majlis itu, golongan terbabit menerima bantuan Aidilfitri dan sumbangan duit raya yang disampaikan Mahdzir dan Ahmad Zaini.

Berita Harian X