Isnin, 11 April 2022 | 7:06pm
MDA membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri COVID-19 bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. - Foto Facebook MDA
MDA membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri COVID-19 bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. - Foto Facebook MDA

2 kit ujian kendiri COVID-19 dibatal kelulusan

PUTRAJAYA: Dua jenama kit ujian kendiri COVID-19 dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.

"Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

"Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

"Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan," katanya dalam Facebook rasminya hari ini.

Berita Harian X