Khamis, 7 April 2022 | 7:34am
NSTP/DANIAL SAAD
NSTP/DANIAL SAAD

COVID-19: 17 daerah di Sabah rekod satu digit angka harian

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 daerah di Sabah merekodkan satu digit angka harian COVID-19, semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata daerah terbabit ialah Tawau yang mencatat sembilan kes baharu; Sandakan, Sipitang dan Kota Belud (masing-masing lapan); serta Kudat (tujuh).

Selain itu, Kota Marudu (lima); Ranau, Tenom, Pitas dan Lahad Datu (masing-masing empat); Kuala Penyu (tiga); Beluran dan Telupid (masing-masing dua); serta Tambunan, Kinabatangan, Kunak dan Semporna (masing-masing satu).

"Tujuh daerah pula melaporkan dua digit jangkitan baharu, ialah Kota Kinabalu (30); Penampang (23); Beaufort (15); Tuaran (14); Papar (13); Putatan (11); dan Keningau (10).

"Tiada kes baharu COVID-19 direkodkan tiga daerah, iaitu Nabawan, Tongod dan Kalabakan," katanya dalam kenyataan, semalam.

Masidi berkata, pertambahan 188 jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatifnya di negeri ini kini mencecah 368,606 kes.

Beliau berkata, tiada kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan, semalam, manakala 172 lagi pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 353,298 orang, setakat ini.

"Seramai 294 pesakit pula sedang menerima rawatan, iaitu 271 di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam (21), serta masing-masing seorang di pusat tahanan sementara dan fasiliti swasta," katanya.

Berita Harian X