Jumaat, 1 April 2022 | 6:02pm
Menteri ementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dengan pemain utama industri kayu, All Pakistan Timber Traders Association (APTTA), bagi meluaskan pasaran dan pembekalan produk kayu tempatan ke luar negara. - Foto fail NSTP

Kerajaan meterai MoU dengan pemain industri kayu Pakistan

PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) menjalin kerjasama dengan pemain utama industri kayu, All Pakistan Timber Traders Association (APTTA), bagi meluaskan pasaran dan pembekalan produk kayu tempatan ke luar negara.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, MoU itu diyakini antara langkah strategik KPPK dalam usaha meningkatkan eksport produk kayu-kayan negara, bertepatan dengan sasaran RM12 bilion eksport sektor kayu-kayan, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, menerusi MoU yang ditandatangani, Rabu lalu itu, pemain industri berkenaan turut didedahkan dengan peluang yang boleh terus diperkukuhkan dalam sektor agrikomoditi seperti sawit, getah, lada, koko dan kenaf.

"Memandangkan Malaysia dan Pakistan sudah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), langkah ini juga dapat membantu dalam membina kemampanan ekonomi kedua-dua negara.

"KPPK komited untuk memastikan industri perkayuan dan komoditi negara akan terus berkembang maju dan pulih selepas dilanda pandemik COVID-19," katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

MoU itu ditandatangani ketika lawatan kerja rasmi Zuraida bersama delegasi kementerian ke Pakistan baru-baru ini.

Berita Harian X