Isnin, 28 March 2022 | 4:24pm
Lebih daripada 260 juta pek minuman terpakai berjaya dikumpul sejak Projek CAREton dilancarkan.
Lebih daripada 260 juta pek minuman terpakai berjaya dikumpul sejak Projek CAREton dilancarkan.

Projek CAREton beri banyak manfaat, impak penting

Kuala Lumpur: Tabiat mengitar semula kini menjadi aspek penting dalam kehidupan terutama dengan peningkatan jumlah bahan buangan yang dihasilkan isi rumah sejak pandemik melanda seluruh dunia pada penghujung 2019. 

Bagi memastikan kelangsungan generasi masa depan dan alam semula jadi, tabiat kitar semula wajar dijadikan sebahagian cara hidup dan diamalkan sepenuhnya di setiap kediaman dan sekolah. Masyarakat perlu bertindak pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang dibuang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. 

Syarikat pengeluar makanan dan minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad antara yang komited melaksanakan pelbagai inisiatif dan program kitar semula dengan menyasar pembabitan semua lapisan masyarakat.

Ini termasuk mengadakan Projek CAREton dengan MILO UHT dan Tetrapak yang pertama kali dilancarkan, sedekad lalu dalam usaha kitar semula pek minuman air terpakai. 

Sejak Projek CAREton dilancarkan, lebih daripada 260 juta pek minuman terpakai telah berjaya dikumpul. Pek minuman terpakai pula dikitar semula menjadi Poly Aluminium yang diubah menjadi atap genting bagi membina rumah demi komuniti yang keperluan. 

Image

Ini hanyalah antara sebahagian manfaat kitar semula dan usaha kecil yang kita semua boleh lakukan. 

Penggerak Projek CAREton, Sheahnee Iman Lee, berpendapat tiada guna jika minum MILO UHT yang diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula 100 peratus termasuk straw kertas, tetapi kemudian dibuang begitu sahaja. 

Bagi menggalakkan tabiat kitar semula menjadi sebahagian daripada kehidupan, kita boleh mengamalkan lima panduan ini.

5 Panduan Kitar Semula

Image

Tip 1

Empat langkah mudah: Masukkan straw, Flip, Flap, Flat

  • Kita pek minuman kosong anda melalui Projek CAREton dengan langkah mudah iaitu memasukkan sepenuhnya penyedut sudah digunakan ke dalam kotak minuman. Buka kelepak bahagian atas dan bawah serta leperkan atau insert Straw, Flip, Flap, Flat.
  • Bagi memudahkan akses masyarakat kepada kemudahan kitar semula, pek minuman kosong anda boleh dihantar ke lebih 600 lokasi tong kitar semula di seluruh negara melalui Projek CAREton yang dijalankan usahasama MILO UHT dan Tetra Pak. Projek CAREton turut menjalin kerjasama dengan peruncit serta pusat beli belah termasuk 99 Speedmart bagi menempatkan 220 tong CAREton diseluruh Lembah Klang.

Tip 2

Membekalkan makanan anak dalam bekas guna semula

  • Senario COVID-19 menyebabkan lebih ramai ibu bapa kini membekalkan makanan tengahari kepada anak mereka ketika sesi persekolahan atas faktor kebersihan.
  • Elakkan penggunaan plastik dan bekalkan makan berkhasiat anak dalam kotak bento guna semula yang disimpan dalam beg mesra alam.
  • Sediakan sudu dan garfu sendiri bagi mengelakkan kebergantungan kepada kelengkapan plastik yang akan hanya memburukkan keadaan alam sekitar.

Tip 3

'Reuse and repurpose' bagi memberi peluang kedua kepada item

  • Guna semula bahan sedia dimiliki di rumah dengan cara lain. Ia bukan saja memberi manfaat malah menjimatkan wang anda.
  • Jika ingin membuat kiriman perkhidmatan kurier, elak menggunakan pembungkus gelembung (bubble wrap). Gunakan sahaja surat khabar lama atau kotak kadbod daripada penghantaran terdahulu.
  • Sekiranya membuat pembelian barangan keperluan dapur secara dalam talian dan menerima penghantaran menggunakan beg plastik dan kertas, jangan buang sebaliknya gunakannya semula sebagai pelapik tong sampah.
  • Image

    Tip 4

    Katakan TIDAK kepada penyedut minuman sekali guna

    • Apabila menjamu selera di luar atau membungkus makanan untuk dinikmati di rumah, pastikan anda tidak menggunakan penyedut minuman plastik sekali guna kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kemampanan alam.
    • Bawalah penyedut minuman dan beg mesra alam yang boleh guna semula.MILO UHT menjadi satu-satunya jenama yang pertama di Malaysia untuk menggantikan penggunaan penyedut minuman plastik sepenuhnya dengan penyedut minuman kertas pada tahun 2020.
    • Tindakan ini membolehkan penghapusan 200 juta plastik setiap tahun.
    • Tip 5

      Asingkan barang kitar semula anda

      • Apabila mengitar semula pek minuman terpakai, jangan dicampurkan dengan bahan kitar semula yang lain. Pastikan pek minuman terpakai tidak disimpan di dalam beg plastik ketika dimasukkan ke dalam tong kitar semula kerana ia bukan saja akan menyebabkan keseluruhan bahan dalam tong kitar semula tercemar malah bahan kitar semula anda akan menjadi sampah semata-mata.
      • Pastikan anda mengitar semula dengan cara mengasingkan sampah dengan betul dari rumah.
      • Tahukah anda? Pengumpulan pek minuman terpakai yang dilaksanakan dalam kalangan masyarakat setempat ini akan dikitar semula untuk digunakan bagi membina atap genting, pondok dan banguku untuk kegunaan dan manfaat komuniti.
Berita Harian X