X
Jumaat, 18 March 2022 | 12:02am
Ismail Sabri melambaikan tangan selepas menghadiri Mesyuarat Khas MKT UMNO, malam ini. - FOTO BERNAMA
Ismail Sabri melambaikan tangan selepas menghadiri Mesyuarat Khas MKT UMNO, malam ini. - FOTO BERNAMA

Mesyuarat Khas MKT tiada bincang usul pilihan raya - PM

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat, malam tadi, membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

"(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu ...usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja," kata Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; dua Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; serta barisan ahli MKT.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad, kelmarin, ditangguhkan semalam selepas sehari bersidang. – BERNAMA

Berita Harian X