Sabtu, 12 March 2022 | 3:34pm
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa beg berisi kertas undi dan kelengkapan dari pusat pengundian Balai Raya Pulau Besar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dengan menaiki bot dan tiba di Jeti Mersing kira-kira jam 1.20 tengah tadi. Balai Raya itu menjadi pusat mengundi pertama ditutup bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - BERNAMA

PRN Johor: 40 peratus mengundi setakat 2 petang

JOHOR BAHRU: Sejumlah 40 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam tempoh enam jam selepas pusat mengundi dibuka jam 8 pagi tadi.

Seramai 239 calon, iaitu 202 lelaki dan 37 wanita daripada 11 parti politik dan Bebas bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor Ke-15.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi membabitkan seramai 2,539,606 layak mengundi di 1,021 pusat mengundi, membabitkan 4,638 saluran. Pusat mengundi akan ditutup jam 6 petang nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan prosedur operasi standard (SOP) di semua proses perjalanan pilihan raya iaitu proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

Berita Harian X