Sabtu, 12 March 2022 | 11:21am
Pengundi dibantu pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencelup jari ke dalam dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak, Kluang, hari ini. - BERNAMA
Pengundi dibantu pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencelup jari ke dalam dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak, Kluang, hari ini. - BERNAMA

PRN Johor: 13 peratus mengundi setakat 10 pagi

JOHOR BAHRU: Sejumlah 13 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat jam 10 pagi tadi.

Proses pengundian PRN Johor bermula jam 8 pagi bagi semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan seramai 2,539,606 layak mengundi di 1,021 pusat mengundi, membabitkan 4,638 saluran.

Seramai 49,290 petugas SPR mengendalikan proses pengundian pada PRN ini yang menyaksikan 239 calon mewakili pelbagai parti dan Bebas bertanding.

Terdahulu, seramai 18,625 pengundi awal sudah menjalankan tanggungjawab mengundi pada 8 Mac lalu membabitkan polis dan tentera serta pasangan, manakala seramai  36,729 lagi mengundi secara pos.

Berita berkaitan:

  • LANGSUNG Johor mengundi
  • Berita Harian X