Jumaat, 11 March 2022 | 10:48am
Pelbagai aktiviti, promosi, diskaun dan hadiah menarik ditawarkan sempena Shopee 3.15 Hari Pelanggan. - Foto Shopee
Pelbagai aktiviti, promosi, diskaun dan hadiah menarik ditawarkan sempena Shopee 3.15 Hari Pelanggan. - Foto Shopee

Shopee 3.15 Hari Pelanggan tawar diskaun hebat, baucar menarik

PLATFORM e-dagang, Shopee mengadakan jualan mega pertama 2022, 3.15 Hari Pelanggan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kemenangan kecil dan memberi ganjaran kepada diri mereka sendiri.

Bersempena jualan mega berkenaan, Shopee turut melantik ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan atlet para negara, Datuk Abdul Latif Romly sebagai duta jenama 3.15 Hari Pelanggan.

Berlangsung sehingga 15 Mac, Shopee menyajikan pelbagai tawaran hebat yang bukan sahaja memberikan penjimatan, malah hadiah menarik seperti kereta, telefon pintar dan banyak lagi.

3.15 Hari Pelanggan menawarkan baucar penghantaran percuma yang boleh ditebus ketika membuat pembayaran tanpa perbelanjaan minimum walaupun hanya dengan pembelian satu barang.

Pelanggan turut boleh menikmati potongan harga 95 peratus ketika sesi Jualan Kilat yang berlangsung selama tujuh sesi setiap hari yang menjual 40 produk daripada senarai kategori Shopee.

Buat anda yang rindu keseronokan mengembara, Shopee membawakan koleksi tawaran dari Korea dan Indonesia dengan diskaun sehingga 50 peratus, manakala koleksi dari China ditawarkan pada harga RM5 ke bawah.

Shopee turut menawarkan produk yang dijamin 100 peratus tulen daripada rangkaian jenama yang luas di Shopee Mall dengan tawaran dan diskaun yang diperbaharui setiap hari.

Antaranya, hari diskaun 25 peratus, Pulangan Tunai Syiling Shopee 25 peratus dan baucar 25 peratus untuk pelbagai jenama.

Tidak cukup dengan itu, 3.15 Hari Pelanggan menawarkan potongan harga lebih menarik sehingga 30 peratus dan baucar 30 peratus daripada jenama kegemaran anda seperti Huawei, Pandora, Watsons dan Timberland.

ShopeeFood turut menawarkan diskaun hebat sempena 3.15 Hari Pelanggan menerusi ShopeeFood Day dari 12 sehingga 14 Mac.

Penghantaran percuma sepanjang hari, diskaun 50 peratus Super Deals, baucar Masa Terhad dengan diskaun sehingga 65 peratus bermula jam 3 hingga 5 petang dan Savings Pass pada RM0.10 dengan baucar bernilai hingga RM195 antara tawaran yang boleh dinikmati.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hingga RM5,898 dalam peraduan Order & Win dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk sebarang pesanan ShopeeFood.

Permainan dengan hadiah menarik

Jualan mega 3.15 Hari Pelanggan turut mengadakan permainan menarik iaitu Sampul Misteri yang berlangsung setiap hari sehingga 15 Mac pada jam 8 malam dengan slot tambahan pada jam 12 tengah hari pada 15 Mac di Shopee Live.

Pemanggil bertuah dikehendaki menjawab soalan untuk membuka sampul surat dan berpeluang untuk membawa pulang hadiah wang tunai yang lumayan.

Penonton pula boleh meneka sampul surat yang mengandungi hadiah wang tunai utama dan berpeluang memenangi Syiling Shopee dengan tekaan yang betul.

3.15 Hari Pelanggan juga mengadakan permainan Spend & Win yang menawarkan sebuah Nissan Almera baharu.

Pelanggan hanya perlu mengumpul tiket emas setiap hari, lebih banyak tiket yang dikumpul, lebih tinggi peluang untuk memenangi sebuah kereta baharu.

Tiket emas yang dikumpulkan juga melayakkan pengguna untuk memenangi sebuah iPhone 13 setiap hari sekiranya terlepas peluang memenangi Nissan Almera.

Pelbagai baucar penjual serta baucar Digi juga boleh dinikmati peserta yang mengambil bahagian dalam Spin & Win setiap hari.

Lebih ganjaran pada hari terakhir

Pada hari terakhir jualan mega 3.15 Hari Pelanggan iaitu 15 Mac, Shopee mengadakan lebih banyak tawaran seperti 12AM - 2AM Midnight Madness, Shop & Win, lebih banyak Waktu Penghantaran Percuma, 95 peratus Pulangan Tunai Syiling Shopee dan banyak lagi.

Pengguna SpayLater pula boleh menikmati ansuran 0 peratus selama tiga bulan dan enam bulan untuk semua produk Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) dari 12 tengah malam hingga 11:59 malam, baucar khas Shopee 3.15 Hari Pelanggan bernilai hingga RM65 dan juga Baucar Masa Terhad dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dan 12 tengah hari hingga 2 petang bernilai RM15 dengan perbelanjaan minimum RM120.

3.15 Hari Pelanggan menampilkan pelbagai promosi menarik daripada jenama terkenal di Shopee Mall termasuk CU Malaysia, Dessini, Enfagrow, Grafen, Huawei, Mentholatum, P&G, Skechers, TTRacing dan Vinda.

Shopee turut mengadakan rancangan Tawaran TV Shopee di Shopee Live dan TV3 pada jam 9 malam ketika hari terakhir jualan mega 3.15 Hari Pelanggan.

Pelbagai tawaran TV terbaik boleh dinikmati sambil menyaksikan beberapa persembahan selebriti tempatan termasuk penampilan istimewa daripada sebuah kumpulan penyanyi lelaki dari Korea yang memukau.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shopee 3.15 Hari Pelanggan, layari https://shopee.com.my/m/Consumer-Day.

Pastikan anda menambah nilai dan menggunakan ShopeePay untuk menikmati proses pembayaran yang lebih lancar.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Berita Harian X