Jumaat, 11 March 2022 | 8:20am
Foto hiasan
Foto hiasan

COVID-19: 30,787 kes baharu, 70 kematian

KUALA LUMPUR: Jumlah kes COVID-19 dalam negara mencatatkan 30,787 kes, termasuk 30,179 penularan tempatan dan 608 kes import, semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan sehingga kini meningkat kepada 3,741,986 kes.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, kes aktif pula sebanyak 314,420 kes dengan penambahan 4,260, semalam.

Jumlah itu tturut menunjukkan peningkatan 6.9 peratus berbanding 14 hari lalu.

Daripada jumlah kes keseluruhan itu, 302,242 atau 96.1 peratus kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (3,039 atau 1.0 peratus), hospital (8,750 atau 2.8 peratus), Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) (160 atau 0.1 peratus) dan ICU memerlukan ABP (229 atau 0.1 peratus).

Sebanyak 26,457 kes sembuh turut dilaporkan.

Data COVIDNOW turut menunjukkan, sebanyak 26,457 kes COVID-19 sembuh dicatatkan semalam, manakala sebanyak 70 kematian baharu dicatatkan, termasuk 19 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases

Berita Harian X