Selasa, 8 March 2022 | 5:40pm

Malaysia masuk Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bermula 1 April

KUALA LUMPUR: Negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia adalah fasa peralihan untuk negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

"Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya pada sidang media di Parlimen petang ini.

Ismail Sabri berkata, walaupun memasuki fasa endemik bermula 1 April ini, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.

Katanya, bagaimanapun, had operasi bagi premis perniagaan dimansuhkan, sebaliknya dibenarkan beroperasi mengikut syarat lesen masing-masing.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaako
Datuk Seri Ismail Sabri Yaako
Berita Harian X