Isnin, 7 March 2022 | 6:30pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

10 bandar dianugerah bandar pelancong bersih ASEAN

KUALA LUMPUR: 10 bandar di negara ini menerima Anugerah Standard Bandar Pelancong Bersih ASEAN pada Majlis Anugerah Standard Pelancongan ASEAN bagi tempoh 2022 hingga 2024, hari ini.

Bandar raya itu adalah Putrajaya, Kuching Selatan, Kuantan, Miri, Kuala Terengganu, Kuching Utara, Sibu, Georgetown, Muar dan Langkawi.

Pada majlis itu, seramai 29 pemain industri pelancongan negara menerima sijil anugerah daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata anugerah itu sebagai usaha untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri pelancongan yang memenuhi standard ASEAN dan layak menerima pengiktirafan daripada kerajaan.

"Menerusi pengekalan standard dan amalan mempratikan Standard Pelancongan ASEAN setiap masa sebagai nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada masing-masing.

"Pelancong hari ini menitik-beratkan perkhidmatan yang lebih berkualiti dan pelancongan selamat. Justeru pihak industri perlu mengukuhkan penyampaian perkhidmatan mengikut perkhidmatan semasa, yang sesuai dengan gaya hidup masa kini," katanya dalam ucapan dalam video, hari ini.

Penyampaian anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Zamri Mat Zain. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausa (Pengurusan) MOTAC, Norazman Othman.

Nancy berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan ASEAN bagi menganjurkan program pengurusan sisa hotel mampan dalam usaha menggalakan konsep amalan hijau di kalangan pengusaha hotel.

Berita Harian X