Isnin, 21 Februari 2022 | 4:51pm
Xiaomi tawar hadiah premium percuma sempena siri jelajah Redmi Note 11 - FOTO Xiaomi
Xiaomi tawar hadiah premium percuma sempena siri jelajah Redmi Note 11 - FOTO Xiaomi

Xiaomi tawar hadiah lumayan di jelajah siri Redmi Note 11

SEMPENA pelancaran siri Redmi Note 11 baru-baru ini, Xiaomi akan menganjurkan tiga siri jelajah di lokasi berbeza di seluruh Semenanjung.

Siri jelajah yang terletak di Sunway Pyramid (Selangor), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan AEON Tebrau City (Johor) akan bermula dari 23 Februari hingga 27 Februari 2022.

Apa yang menarik, pelanggan terawal yang membeli peranti Redmi Note 11 ketika pameran bergerak itu akan membawa pulang hadiah premium bernilai RM457* setiap satu.

Bahkan, pengunjung pusat membeli-belah di sekitar turut berpeluang membawa pulang hadiah menarik jika mereka sertai aktiviti yang disediakan.

Hadiah premium yang ditawarkan percuma termasuk baucar eksklusif untuk pembelian produk AIoT yang bernilai RM100, Redmi Buds 3 Lite (RRP: RM99), Mi Composition Scale 2 (RRP: RM119), Beg Kanvas Berjenama + Selimut Bantal Lembut (bernilai RM139), bernilai RM457 secara keseluruhan.

*selagi stok masih ada, mengikut terma dan syarat

Redmi Note 11 sarat dengan spesifikasi hebat

Image

Siri Redmi Note 11 Pro hadir dengan empat peranti baharu iaitu Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro, Redmi Note 11S dan Redmi Note 11, digelar juara telefon pintar kelas pertengahan kerana harganya berpatutan.

Manakala bagi Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G dihasilkan dengan ciri dan spesifikasi hebat seperti skrin lebar, bateri berkapasiti 5,000mAh serta keupayaan pengecasan turbo 67W yang hanya mengambil masa 15 minit untuk mengecas 50 peratus bateri.

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 menampilkan pengecasan pantas 33W Pro, membolehkan anda mengecas sehingga 100 peratus dalam masa sejam*.

Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S dilengkapi sensor utama 108 megapiksel (MP), manakala Redmi Note 11 pula dilengkapi sensor utama 50MP yang mampu mengambil gambar dengan julat dinamik dan prestasi warna lebih tinggi bagi mengeluarkan hasil sempurna walaupun dalam cahaya malap.

Bukan itu sahaja, Redmi Note 11 Pro 5G, Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S turut menampilkan penderia utama 108MP bagi meningkatkan pengalaman pengguna mengabadikan dan berkongsi detik manis dalam resolusi tinggi dengan butiran sebenar menerusi kamera utama.

Paling menakjubkan, Redmi Note 11 Pro 5G dikuasakan oleh pemproses tercanggih octa-core Snapdragon 695 yang dilengkapi sambungan 5G, teknologi 6nm peringkat perdana dan kelajuan jam sehingga 2.2 GHz.

Redmi Note 11 Pro dan Redmi Note 11S kedua-duanya mempunyai pemproses MediaTek Helio G96 okta-teras termaju dan sehingga 8GB RAM.

Ini sekali gus melancarkan pengguna ketika bermain permainan video sama di dalam talian bersama rakan dan ahli keluarga tanpa gangguan.

Ketahui pelbagai ciri dan spesifikasi hebat di sini

Dapatkan siri Redmi Note 11 di pameran bergerak

Image

Harga bagi peranti Redmi Note 11 Pro 5G (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 Pro (8GB+128GB) masing-masing boleh didapati pada RM1,299 dan RM1,099.

Redmi Note 11s (8GB+128GB) dan Redmi Note 11 (6GB+128GB) pula masing-masing boleh didapati pada harga RM999 dan RM799.

Dapatkan telefon pintar pilihan anda hari ini di siri jelajah di Sunway Pyramid (Selangor), Queensbay Mall (Pulau Pinang) dan AEON Tebrau City (Johor)  bagi merebut hadiah premium bernilai RM457* setiap satu.

Pelanggan juga boleh memiliki telefon pintar hebat ini di kedai sah Xiaomi.

Berita Harian X