Ahad, 20 Februari 2022 | 8:41pm
Noraini berucap pada majlis perasmian program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi
Noraini berucap pada majlis perasmian program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi

KPT wujud PPRN pacu peningkatan produktiviti usahawan

JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mewujudkan inisiatif Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) bagi menggalakkan program inovasi berasaskan permintaan dalam usaha memacu peningkatan produktiviti usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata melalui inisiatif itu, KPT menyediakan geran kepada institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai galakan kepada golongan akademia untuk mendekati masyarakat, sekali gus membantu menghasilkan inovasi yang boleh mempertingkat produktiviti syarikat.

"Saya yakin bahawa dengan kepakaran yang ada, kita akan dapat membantu usahawan, terutama wanita untuk lebih berjaya dalam perniagaan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program 'Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat', hari ini.

Noraini berkata, KPT memang memberi tumpuan kepada program pembangunan usahawan yang berbentuk perkongsian pintar kepakaran, pendidikan keusahawanan, penyelidikan dan inovasi.

Noraini (tengah) merasmikan program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi
Noraini (tengah) merasmikan program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi

Program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi
Program ‘Empowering Women Entrepreneurs @ Batu Pahat’, hari ini. - Foto FB Kementerian Pengajian Tinggi

Justeru, beliau mengalu-alukan usahawan untuk berhubung dengan mana-mana universiti bagi membantu meningkatkan produktiviti perusahaan mereka serta menyelesaikan isu yang timbul.

Katanya, pihak penyelidik di universiti juga boleh memohon geran daripada KPT untuk bersama-sama membantu golongan usahawan.

Beliau memaklumkan, jumlah perniagaan milik wanita merangkumi 20.6 peratus atau 186,855 daripada jumlah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.

Katanya, perniagaan milik wanita itu secara signifikan menyumbang sebanyak RM69.1 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), di samping turut menjana lebih 786,132 peluang pekerjaan dengan penggajian hingga RM11.1 bilion. – BERNAMA

Berita Harian X