Sabtu, 19 Februari 2022 | 10:12am

36 kematian baharu COVID-19 semalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 korban baharu COVID-19 direkodkan, semalam, termasuk 11 membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang COVIDNOW bawah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, jumlah itu membawa kepada jumlah 32,276 kematian akibat COVID-19 di Malaysia, dengan 6,551 adalah kes BID, setakat ini.

Johor mencatat angka kematian baharu tertinggi dengan 11 kes, diikuti masing-masing enam di Sabah dan Selangor, Kedah (empat) serta Perak (tiga).

Pulau Pinang turut melaporkan tiga kematian baharu, diikuti masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Terengganu dan Kuala Lumpur.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases/
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases/

Dalam pada itu, sebanyak 233,065 kes dilaporkan masih aktif, setakat ini, manakala 219,696 individu (94.3 peratus) pula menjalani kuarantin di rumah dan 5,476 lagi (2.3 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 235 individu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 132 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita Harian X