Jumaat, 18 Februari 2022 | 11:19pm

PRN Johor: Boleh kempen ziarah, dilarang masuk rumah

KUALA LUMPUR: Semua pihak yang terbabit dengan program kempen ziarah rumah ke rumah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak dibenarkan memasuki rumah atau berjumpa dengan ahli rumah untuk berkempen.

Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan COVID-19 PRN Johor yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini menetapkan, kempen itu tidak boleh melebihi lima orang.

"Individu yang sedang menjalani kuarantin sama ada kes positif atau kontak rapat serta bergejala tidak dibenarkan menyertai kempen ziarah.

"Mereka perlu mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka," katanya.

Selain itu, hanya lima peserta atau kurang dibenarkan dalam SOP tinjauan mesra manakala individu yang sedang menjalani kuarantin sama ada kes positif atau kontak rapat serta bergejala tidak dibenarkan turut serta.

"SOP bagi pemasangan iklan seperti bunting/banner dan pengedaran risalah dibenarkan dalam kawasan pilihan raya.

"Calon atau jentera dibenar mengedarkan risalah bagi tujuan berkempen di peti surat penduduk sekitar dan ia dihadkan tidak lebih dari tiga orang.

"Bagaimanapun, pengedaran risalah kepada orang awam secara bersemuka tidak dibenarkan sepanjang tempoh pilihan raya," katanya.

Bagi kempen melalui pembesar suara, kenderaan yang terbabit tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah.

SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRN Johor

Berita berkaitan:

  • PRN Johor: 'Kempen di media sosial, akhbar dan saluran televisyen'
  • PRN Johor: Tiada acara rai kemenangan
  • PRN Johor: Guna mySPR Semak ketahui waktu mengundi
  • Pengundi berstatus PUI, PUS perlu mohon kebenaran PKD
  • Satu bilik gerakan parti, calon sahaja dibenarkan di setiap daerah
  • PRN Johor: Ceramah, kempen fizikal dibenar
  • Tiada perhimpunan, perarakan pada hari penamaan calon PRN Johor
  • Berita Harian X