Isnin, 14 Februari 2022 | 11:34am

Nisbah jantina rakyat Malaysia 110 lelaki berbanding 100 wanita

SHAH ALAM: Seramai 52.3 peratus penduduk di Malaysia ialah lelaki, manakala 47.7 peratus ialah wanita, dengan nisbah jantina adalah 110 lelaki berbanding 100 wanita.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 juga menunjukkan negeri yang mempunyai bilangan wanita melebihi lelaki adalah Putrajaya, di mana 100 wanita bersamaan dengan 96 lelaki.

"Bagi statistik mengikut etnik, penduduk Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 69.4 peratus, diikuti etnik Cina (23.2 peratus), India ( 6.7 peratus) dan lain-lain ( 0.7 peratus)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (dua, kanan) menunjukkan buku laporan ketika Majlis Pelancaran Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan Forum Banci Malaysia 2020 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia di Shah Alam. - NSTP/Mohamad Shahrik Badri Saali

Berita Harian X