Isnin, 14 Februari 2022 | 9:58am

Ninja Van Malaysia tawar perkhidmatan logistik terbaik buat semua

TREND beli-belah dalam talian dilihat semakin meningkat pada masa ini berikutan perubahan gaya hidup pengguna yang sibuk.

Bahkan, masyarakat mula semakin selesa dengan keseluruhan ekosistem digital ini terutamanya ketika wabak COVID-19 melanda kerana ia dilihat lebih mudah dan selamat. 

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), pembelian barang atas talian meningkat kepada 45 peratus pada 2020 melalui pelbagai platform e-dagang berbanding tahun sebelum ini.

Rentetan itu, pelbagai syarikat penghantaran barang wujud untuk meluaskan perkhidmatan servis penghantaran barang bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 

Salah satu syarikat penghantaran barang yang menjadi pilihan ramai pengguna adalah Ninja Van Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pantas dan lancar bagi memastikan pengguna mendapat pesanan tepat pada masanya.

Sebagai sebuah syarikat logistik yang berteknologi, Ninja Van Malaysia sentiasa berusaha memanfaatkan keupayaan teknologi dan data sedia ada untuk menjadi lebih pantas, kukuh dalam segala perkara. 

Ninja Van Malaysia mula ditubuhkan pada 2015 dan kini sudah membina reputasi untuk perkhidmatan yang baik dan pengendalian bungkusan serta penghantaran yang cepat.

Meskipun masih baharu dalam industri, syarikat ini berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menjadi salah satu syarikat terkemuka dalam pasaran dan menjadi penyedia logistik yang dipilih dalam kalangan beribu pengguna sedia ada.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan disebabkan oleh keupayaan dan prestasi syarikat ini secara keseluruhan sejak penubuhannya pada tahun 2015. 

Selain itu, Ninja Van Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatannya dengan tiga perkara utama iaitu memanfaatkan teknologi, kecemerlangan operasi dan kakitangan yang cekap.

Dengan gabungan hebat ini, ia membolehkan penghantaran lebih cekap di samping memberikan pengalaman yang konsisten untuk semua pengirim dan pembeli.

Bukan itu sahaja, Ninja Van Malaysia turut berusaha menambah beberapa stesen baharu bagi mengurangkan jarak perjalanan pemandu mereka setiap hari.

Ini sekaligus mempercepatkan proses operasi, sejajar dengan sasaran Ninja Van Malaysia untuk meningkatkan tahap kecemerlangan operasinya.

Bagi menampung permintaan e-dagang, Ninja Van Malaysia melabur dalam peralatan teknologi canggih yang berupaya memproses 400,000 bungkusan setiap hari dari seluruh negara.

Gudang syarikat ketika ini mengendalikan mod hibrid secara manual-automatik, yang turut mencerminkan Dasar 4IR Nasional dan Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia, dengan teknologi disediakan bagi membina proses yang lebih lancar dan cekap.

Image

Selain itu, Ninja Van Malaysia turut memperkenalkan teknologi proprietari dan analisis masa nyata bagi menjamin keselamatan barang kepada pengirim dan penerima.

Pek Ninja disertakan dengan kod QR dan semua maklumat pelanggan, pengirim disimpan pada awan dan hanya boleh dilihat melalui aplikasi pemacu atau sistem pengendalian mereka. 

Penggunaan meluas teknologi proprietari yang disepadukan secara mendalam ke dalam sistem mewujudkan pasukan yang kualiti dan tangkas, membolehkan mereka bertindak balas dengan cepat terhadap keperluan pasaran.

Image

Pada masa yang sama, Ninja Van turut melancarkan produk awan untuk menyelesaikan isu berkaitan bungkusan dengan lebih cepat iaitu salah satunya adalah NinjaChat.

Teknologi ini adalah platform berasaskan pesanan sosial dengan fungsi sembang masa sebenar yang menyediakan kaedah mudah serta pantas kepada pelanggan dalam menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bungkusan mereka.

NinjaChat kini tersedia di seluruh FB Messenger, Telegram, Viber dan Line.

Sehingga kini, syarikat berkenaan mempunyai lebih 30 cawangan di seluruh Lembah Klang dan dijangkakan akan meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Ninja Van Malaysia menawarkan tiga jenis perkhidmatan di kedai mereka iaitu  B2C untuk pelanggan, C2C untuk pelanggan berjalan masuk (walk in) dan Pick-Up & Drop off (PUDO).

Secara jelasnya, Ninja Van ialah rakan kongsi penghantaran yang dipercayai untuk lebih dua juta penghantar di seluruh Asia Tenggara.

Jika anda sedang mencari syarikat penghantaran yang boleh dipercayai, sertai barisan pelanggan Ninja Van Malaysia yang berpuas hati hari ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Ninja Van Malaysia.

Berita Harian X