Ahad, 13 Februari 2022 | 4:23pm

'21,072 kes positif hari ini' - Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 21,072 kes baharu COVID-19 dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan sehingga kini sejumlah 3,040,235 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.

Memperincikan mengenai kes hari ini, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes yang dikesan itu, sebanyak 71.14 peratus atau 14,991 kes adalah pesakit COVID-19 dalam Kategori Dua iaitu bergejala ringan.

"Selain itu 28.45 peratus bersamaan 5,995 kes pula berada dalam Kategori Satu atau tidak bergejala.

"Sebanyak 58 kes iaitu 0.28 peratus pula berada dalam kategori tiga, kategori empat (20 kes) serta kategori lima (lapan kes)," katanya hari ini.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases/
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases/

Berita Harian X