Sabtu, 5 Februari 2022 | 9:48am
Foto hiasan NSTP
Foto hiasan NSTP

52.3 peratus sudah terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 12,248,506 individu dewasa atau 52.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini sudah menerima dos penggalak COVID-19, setakat semalam.

Secara keseluruhan, berdasarkan data di portal COVIDNOW, sejumlah 22,928,468 individu atau 97.9 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.1 peratus atau 23,207,237 sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur antara 12 dan 17 tahun, sejumlah 2,790,792 atau 88.7 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,868,578 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 90,406 dos diberikan semalam dengan 2,661 dos pertama; 1,716 (dos kedua) manakala 86,029 (dos penggalak), menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19

Kebangsaan (PICK) adalah 63,838,774 dos.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, 11 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan tiga di Johor, masing-masing dua kes di Pulau Pinang dan Sabah serta Kedah, Perak, Selangor dan Terengganu, masing-masing mencatatkan satu kes. – BERNAMA

Berita Harian X