Selasa, 25 Januari 2022 | 9:37am
 Seramai 10,906,259 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19. - Foto hiasan NSTP
Seramai 10,906,259 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19. - Foto hiasan NSTP

Lebih 10.9 juta populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 10,906,259 individu atau 46.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, memaklumkan seramai 22,917,313 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,195,017 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,782,131 individu atau 88.4 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,738 individu atau 91.0 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Secara keseluruhannya, jumlah yang sudah lengkap dos penggalak vaksin COVID-19 adalah 10,906,259 atau 33.4 peratus manakala mereka yang lengkap dua dos adalah seramai 25,699,444 orang atau 78.7 peratus dan mereka yang menerima satu dos vaksin ialah 26,059,755 atau 79.8 peratus.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 202,296 dos vaksin diberikan semalam, membabitkan 1,820 dos pertama dan 2,711 dos kedua serta 197,765 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,461,606 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 10 kes kematian direkodkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak tiga kes, diikuti Sabah (dua) manakala Johor, Kedah, Kelantan, Melaka dan Pahang masing-masing satu kes.

Berita Harian X