Isnin, 24 Januari 2022 | 10:51am
Orang ramai hadir untuk mengambil Dos penggalak di PPV PWTC. - Foto FATHIL ASRI
Orang ramai hadir untuk mengambil Dos penggalak di PPV PWTC. - Foto FATHIL ASRI

45.7 peratus populasi dewasa terima dos penggalak COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 10,701,460 individu atau 45.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak vaksin COVID-19 sehingga semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, memaklumkan seramai 22,915,836 individu atau 97.9 peratus populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan dos vaksin COVID-19 mereka, manakala 23,193,511 individu atau 99.1 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,780,413 individu atau 88.3 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,864,161 individu atau 91.0 peratus daripada populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Secara keseluruhannya, jumlah yang sudah lengkap dos penggalak vaksin COVID-19 adalah 10,701,406 atau 32.8 peratus manakala mereka yang lengkap dua dos adalah seramai 25,696,249 orang atau 78.7 peratus dan mereka yang menerima satu dos vaksin ialah 26,057,672 atau 79.8 peratus.

Statistik harian menunjukkan sejumlah 131,168 dos vaksin diberikan semalam, membabitkan 817 dos pertama dan 973 dos kedua serta 129,378 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 62,251,745 dos.

Berita Harian X