Sabtu, 22 Januari 2022 | 7:28pm
Jumlah kes harian COVID-19 mencatatkan sebanyak 4,116 kes setakat tengah hari tadi. - Foto NSTP
Jumlah kes harian COVID-19 mencatatkan sebanyak 4,116 kes setakat tengah hari tadi. - Foto NSTP

COVID-19: Dua hari berturut-turut kes lebih 4,000

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 terus melepasi angka 4,000 bagi tempoh dua hari berturut-turut dengan hari ini merekodkan 4,116 kes setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kadar jangkitan itu menjadikan jumlah keseluruhan angka penularan COVID-19 di negara ini kepada 2,829,089 kes.

Beliau berkata, sebanyak 498 kes import direkodkan terdiri 406 warganegara dan 92 warga asing.

"Sebanyak 2,858 kes sudah sembuh, manakala 141 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesan sembilan kluster baharu, sekali gus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif ketika ini sebanyak 225.

"Daripada 4,116 kes dilaporkan hari ini, sebanyak 4,077 atau 99.1 peratus adalah pesakit kategori satu dan dua.

"Hanya 39 kes atau 0.9 peratus adalah daripada pesakit kategori tiga, empat dan lima," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases

Berita Harian X