Sabtu, 22 Januari 2022 | 4:54pm

Dr Mahathir dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN

KUALA LUMPUR: Pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

"Ya beliau dirawat di CCU," kata seorang jurucakap.

Sementara itu, sebuah kenderaan jenis Mercedes-Benz dengan nombor pendaftaran Pahang meninggalkan pekarangan IJN dengan iringan polis jam 4.15 petang tadi.

Terdahulu, sebuah kenderaan dengan jata Istana Negara dilihat berada di IJN, bagaimanapun tidak dapat disahkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kemasukan Dr Mahathir ke IJN.

Sebuah kereta Mercedes-Benz dengan iringan anggota polis meninggalkan pekarangan IJN. - Foto NSTP
Sebuah kereta Mercedes-Benz dengan iringan anggota polis meninggalkan pekarangan IJN. - Foto NSTP

Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Berita berkaitan:

  • Dr M dirujuk ke CCU selepas mengadu makin tak selesa
  • Dr Mahathir 'trending' di Google, Twitter, ribuan doakan kesembuhan
  • Tun M stabil, beri tindak balas baik kepada rawatan
  • Harap keluarga Dr Mahathir tabah - PM
  • Ismail Sabri hadir melawat Tun Mahathir
  • Dr Mahathir dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
    Berita Harian X