Jumaat, 21 Januari 2022 | 10:06pm

Sedia latihan relevan kepada pelajar TVET

PUTRAJAYA: Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) perlu meningkatkan kerjasama dengan pihak industri bagi membolehkan pelajar mendapat pendidikan serta latihan yang relevan dengan keperluan semasa.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kepakaran yang dimiliki pemain industri membantu dalam membimbing pelajar TVET mencapai tahap kemahiran yang diperlukan.

Katanya, kita tidak mahu sesebuah institusi pengajian TVET hanya ada ramai pelajar tetapi bila tamat pengajian mereka tidak mendapat pekerjaan.

"Kerjasama diadakan dengan pemain industri melalui tenaga pakaritusudah tentu dapat membimbing pelajar untuk meningkatkan kemahiran sejajar dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi," katanya dalam kenyataan sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) (Diperbaharui) antara Institut Kemahiran Tinggi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda-Tech) dan Perodua Sales Sdn Bhd, hari ini.

Perda-Tech dan Perodua Sales telah menjalin kerjasama dalam bidang latihan automotif sejak 2016 bagi membolehkan pelajar dan tenaga pengajar mendapat bimbingan dalam bidang automotif daripada tenaga profesional.

Foto hiasan
Foto hiasan
Berita Harian X