Khamis, 20 Januari 2022 | 3:37pm
- Hiasan. FOTO NSTP
- Hiasan. FOTO NSTP

3,764 kes COVID-19 direkodkan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini merekodkan sebanyak 3,764 kes positif baharu COVID-19 setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jumlah jangkitan itu menyumbang kepada sejumlah 2,820,927 kes positif COVID-19 di Malaysia, setakat ini.

Sejumlah 3,229 kes baharu COVID-19 direkodkan KKM semalam, sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 535 kes hari ini.

Sementara itu, sebanyak 264,635 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 258,337 dos ketiga; 4,317 dos kedua dan 1,981 dos pertama, sekali gus sebanyak 61,540,069 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada rakyat negara ini.

Sehingga kini, sebanyak 97.9 peratus populasi dewasa negara sudah melengkapkan vaksinasi masing-masing manakala 88.2 peratus populasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun juga sudah lengkap divaksinasi.

Berita Harian X