Isnin, 17 Januari 2022 | 11:27am
Gambar hiasan - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Gambar hiasan - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

40 peratus populasi dewasa sudah terima dos penggalak

KUALA LUMPUR: Seramai 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini, sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan, semalam.

Selain itu, seramai 22,903,466 individu dewasa (97.8 peratus) sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,183,820 (99 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/vaccinations
https://covidnow.moh.gov.my/bm/vaccinations

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,773,734 individu (88.1 peratus) telah lengkap vaksinasi, dan 2,861,589 (90.9 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19.

Dalam pada itu, sebanyak 147,655 dos vaksin disuntik semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mencecah 60,884,363.

Sementara itu menurut portal Github KKM, sebanyak 12 kematian akibat COVID-19 direkodkan, semalam. – BERNAMA

Berita Harian X