Sabtu, 15 Januari 2022 | 12:36pm
PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur mula beroperasi, hari ini. - Foto NSTP/Azhar Ramli

Hari pertama PPV Integrasi berjalan lancar

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi bagi mendapatkan dos penggalak COVID-19 inisiatif yang baik dalam usaha meningkatkan kadar penerima pelalian.

PPV menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Penggalak (Booster) (PICK-B) itu juga dihargai orang ramai kerana memudahkan mereka mendapatkan dos ketiga, dalam suasana yang lebih kondusif.

Tinjauan BH pada hari pertama operasi PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila orang ramai mula mengunjungi PPV itu seawal jam 8 pagi.

Antara penerima vaksin yang hadir bagi mendapatkan dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Proses pemberian dos penggalak itu berjalan lancar dengan tempoh masa seorang penerima dalam anggaran 15 minit dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Suri rumah, Emi Mastura Pauzi, 37, berkata langkah kerajaan membuka PPV Integrasi itu membantu memendekkan tempoh masa menunggu janji temu bagi mendapatkan suntikan dos penggalak.

Katanya, suntikan ketiga itu amat dinantikannya kerana bimbang dengan kewujudan pelbagai varian COVID-19 yang dikhuatiri lebih berbahaya.

"Saya memuji usaha kerajaan membuka PPV Integrasi ini kerana lebih ramai orang boleh mendapatkan dos penggalak.

"Proses pemberian dos penggalak juga cepat dan lancar. Dalam sekitar 15 minit, selesai semuanya berbanding ketika menerima suntikan dos pertama dan kedua dahulu," katanya.

Pekerja swasta, Hairu Hazlan Harun, 37, berkata orang ramai yang mendapat temu janji di mana-mana PPV Integrasi perlu mengambil kesempatan terbabit kerana prosesnya yang mudah dan cepat.

"Pekerjaan saya memerlukan saya bertemu ramai orang. Sebaik mendapat janji temu dos penggalak, saya tidak melepaskan peluang kerana ingin melindungi diri serta keluarga," katanya.

Antara penerima vaksin yang hadir bagi mendapatkan dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Antara penerima vaksin yang hadir bagi mendapatkan dos penggalak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Bagi pekerja bank, Palmathy Paramasewam, 33, usaha kerajaan memastikan rakyat mendapat dos penggalak harus dipuji dan dihargai.

"Ramai yang bimbang jika berlaku kesan sampingan, jika mengambil dos penggalak ini. Namun, apa yang lebih penting ialah melindungi diri terlebih dahulu daripada dijangkiti COVID-19.

"Sebelum ini, saya mendapat vaksin jenis AstraZeneca dan untuk dos penggalak, saya diberikan vaksin jenis sama. Setakat ini semuanya baik," katanya.

Sementara itu, Pengurus PPV WTCKL, Dr Sharanjit Kaur, berkata PPV itu dibuka pada jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari, kecuali cuti umum.

Selain PPV WTCKL, tiga lagi PPV Integrasi yang beroperasi mulai hari ini ialah PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Berita Harian X