Sabtu, 15 Januari 2022 | 10:24am
12 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar kemudahan kesihatan (BID). - Foto fail NSTP
12 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan sehingga tengah malam tadi dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar kemudahan kesihatan (BID). - Foto fail NSTP

12 kematian COVID-19 dilaporkan semalam

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi dengan dua daripadanya membabitkan kematian di luar kemudahan kesihatan (BID).

Berdasarkan laman sesawang github kendalian KKM, kes kematian itu direkodkan di enam negeri dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu empat kes, termasuk dua kes BID.

Ia diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu yang masing-masing merekodkan dua kes kematian, dan satu kes di Johor dan Kedah.

Dalam pada itu, 10 negeri mencatatkan sifar kes kematian iaitu Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya, Sarawak, Sabah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan.

Sementara itu, sehingga tengah malam tadi, laman sesawang COVIDNOW menunjukkan pertambahan sebanyak 282 kes aktif.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif sebanyak 40,558.

COVIDNOW turut melaporkan perincian kadar penggunaan sistem kesihatan awam, termasuk bagi kes bukan COVID-19.

Bagi kapasiti katil hospital di seluruh negara, ketika ini ia telah digunakan sebanyak 67.7 peratus dengan 29 peratus daripadanya membabitkan pesakit COVID-19.

Mengikut graf kadar harian pesakit COVID-19 ditempatkan di wad semalam, ia mencatatkan sedikit peningkatan iaitu seramai 901 orang berbanding kelmarin dengan 821 pesakit.

Selain itu, turut dilaporkan, 34.2 peratus pesakit yang dirawat di hospital termasuk bukan kes COVID-19, perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases

Bagi penggunaan unit rawatan rapi (ICU), secara keseluruhan penggunaannya kini pada kadar 55.8 peratus dengan 22.7 peratus membabitkan pesakit COVID-19.

COVIDNOW turut melaporkan, 32.7 peratus pesakit COVID-19 kini ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) untuk pemantauan lanjut.

Untuk rekod, sebanyak 3,346 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan semalam berbanding 3,684 kes, direkodkan kelmarin. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara meningkat kepada 2,802,263 kes.

Berita Harian X