Jumaat, 14 Januari 2022 | 10:36pm
Mohd Khairul Adib (kiri) ‘clock out’ terakhir sempena tamat perkhidmatan dan bersara wajib Ahad ini di pejabatnya di JPA. FOTO FB JPA
Mohd Khairul Adib (kiri) ‘clock out’ terakhir sempena tamat perkhidmatan dan bersara wajib Ahad ini di pejabatnya di JPA. FOTO FB JPA

Mohd Khairul Adib bersara wajib Ahad ini

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengakhirinya tugasnya hari ini apabila bersara wajib daripada perkhidmatan pada Ahad ini.

Menerusi hantaran Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini, menyatakan sesi 'clock out' itu berlangsung di pejabat JPA berserta majlis penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar.

Pada majlis sama, Mohd Khairul Adib ditemani isteri yang juga Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) JPA, Puan Seri Maisarah Mokhtar turut menanam anak pokok sebagai simbolik khidmat bakti dicurahkan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

"Didoakan Tan Sri sekeluarga sentiasa sejahtera dan dalam rahmat Allah SWT. Selamat bersara dan selamat maju jaya," kongsi hantaran JPA itu.

Mohd Khairul Adib (kanan) menyerahkan nota serah tugas kepada Suhaime (kiri) sempena persaraannya. FOTO FB JPA
Mohd Khairul Adib (kanan) menyerahkan nota serah tugas kepada Suhaime (kiri) sempena persaraannya. FOTO FB JPA

Mohd Khairul Adib, 60, dilantik sebagai KPPA pada Oktober 2019. Sebelum itu menjawat Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan bagi menggantikan Tan Sri Borhan Dolah.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains Dasar dari Universiti Saitama, Jepun.

Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi 30 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

Berita Harian X