Jumaat, 14 Januari 2022 | 12:42pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini meningkat kembali kepada 1.00

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 negara ini, kembali meningkat kepada 1.00 hari ini, berbanding 0.99 dicatatkan sebelum itu.

Berdasarkan data dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya hari ini, enam negeri merekodkan kadar Rt tertinggi melebihi 1.00.

Negeri yang mencatatkan kadar Rt melebihi 1.00 ialah Selangor (1.00), Sabah (1.07), Melaka (1.02), Kuala Lumpur (1.08), Negeri Sembilan (1.01) dan Putrajaya (1.05).

Sementara itu, negeri lain yang mencatatkan Rt atas 0.90 ialah Pulau Pinang (0.96), Johor (0.99), Kelantan (0.91), Kedah (0.94), Pahang (0.97) dan Perak (0.93) dan Sarawak (0.91).

Tiga negeri mencatatkan bacaan Rt terendah iaitu Terengganu (0.79) dan Labuan 18 kes serta Perlis lapan kes.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 3,684 kes positif baharu COVID-19 sekali gus menjadikan kes kumulatif di negara ini sebanyak 2,798,917 kes.

https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases
https://covidnow.moh.gov.my/bm/cases

Berita Harian X