Khamis, 13 Januari 2022 | 2:52pm
Dokumen vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu yang dirampas polis Terengganu, baru-baru ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori
Dokumen vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu yang dirampas polis Terengganu, baru-baru ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

Sijil vaksin palsu: KKM tunggu siasatan polis

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menunggu laporan penuh siasatan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 palsu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sebelum pihaknya membuat sebarang keputusan seperti usaha menaik taraf ciri keselamatan aplikasi MySejahtera.

"Kita tunggu siasatan penuh daripada PDRM dulu (penjualan sijil vaksin palsu)," katanya kepada BH hari ini.

Pada Sabtu lalu, polis membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu apabila merampas hampir 100 kad peringatan imunisasi (janji temu) serta menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di Marang, Terengganu.

Dalam serbuan kira-kira jam 7 malam, doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJK).

Suspek disyaki melakukan urusan penjualan secara dalam talian sejak September tahun lalu dengan setiap sijil dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

Berita Harian X