Selasa, 11 Januari 2022 | 5:39pm
Sukarelawan ARMADA bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Kampung Spang Loi hari ini. - Foto BERNAMA
Sukarelawan ARMADA bergotong-royong membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Kampung Spang Loi hari ini. - Foto BERNAMA

Banjir di Johor kian pulih

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun apabila 2,154 orang daripada 625 keluarga kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 4 petang tadi.

Berbanding jam 8 pagi tadi, seramai 2,298 mangsa daripada 660 keluarga ditempatkan di 35 PPS seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata Segamat bertambah baik apabila kini terdapat 746 mangsa daripada 203 keluarga ditempatkan di 16 PPS, petang ini.

Katanya, ia berbanding seramai 734 mangsa daripada 199 keluarga ditempatkan di 15 PPS, pagi tadi.

"Dua daerah turut sama berkurangan adalah Tangkak dengan 555 mangsa daripada 175 keluarga di sembilan PPS, petang ini, berbanding seramai 610 mangsa daripada 190 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi.

"Muar juga menyusut kepada 772 mangsa daripada 229 keluarga di sembilan PPS, petang ini, berbanding 873 mangsa daripada 253 keluarga di 10 PPS, pagi tadi.

"Batu Pahat pula masih mengekalkan jumlah sama pada petang ini dan pagi tadi, iaitu sebanyak 81 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor merekodkan hanya satu sungai yang berada pada aras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong-Muar pada bacaan 4.1 meter.

Katanya, pada masa sama, empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

Berita Harian X