Selasa, 11 Januari 2022 | 11:44am

'Siasatan terhadap Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan'

PUTRAJAYA: Siasatan berkaitan dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki masih terbuka untuk diteruskan mana-mana agensi yang mempunyai kuasa di atas pendapat dan seliaan daripada Pejabat Peguam Negara.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang turut memberi jaminan bahawa beliau dan anggota LPPR yang lain langsung tidak berhasrat untuk menghalang siasatan lanjut itu sekiranya ia dilaksanakan.

"Malah (siasatan lanjut) adalah digalakkan atas konsep kedaulatan undang-undang supaya nama baik dan integriti SPRM akan sentiasa berada pada tahap tertinggi menurut lunas undang-undang," katanya.

Beliau membacakan kenyataan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Berita Harian X