Isnin, 10 Januari 2022 | 7:43pm

Penubuhan PBM tidak beri kesan kepada BERSATU - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diluluskan akhir Disember lalu dianggap tidak memberi kesan besar kepada BERSATU.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia berikutan pemimpin parti baharu itu bukanlah terdiri daripada ahli partinya.

"Larry Sng Wei Shien (Ahli Parlimen Julau) dulunya bekas PKR, tetapi menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

"Begitu juga Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau). Yang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam saya dengar dia sokong YB Peja (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu), tetapi tidak tahu dalam rekod dia jadi ahli BERSATU atau tidak," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, di sini, hari ini.

Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Muhyiddin pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Berita Harian X