Sabtu, 8 Januari 2022 | 8:57pm
Hasni (kiri) bersama Pegawai Daerah Muar Mustafa Kamal Shamsudin (tengah) melihat bekalan barang bantuan ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. - foto BERNAMA
Hasni (kiri) bersama Pegawai Daerah Muar Mustafa Kamal Shamsudin (tengah) melihat bekalan barang bantuan ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. - foto BERNAMA

Johor perkenal pelbagai bantuan pasca banjir

MUAR: Kerajaan Johor akan memperkenalkan pelbagai bantuan pasca banjir bagi meringankan bebanan semua mangsa bencana alam berkenaan di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata kerajaan sudah merangka pelbagai bantuan dalam usaha membantu mereka yang terjejas.

"Saya berharap mangsa-mangsa banjir tidak perlu bimbang, kita tidak akan membiarkan mereka (mangsa banjir) begitu sahaja.

"Kerajaan negeri sudah merangka bantuan pasca banjir. Namun, bantuan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan semasa," katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Pagoh dan PPS Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), hari ini.

Katanya, hari ini hanya empat daerah sahaja lagi yang masih membuka PPS manakala daerah lain sudah ditutup.

"Persediaan banjir kali ini begitu baik, semua agensi tahu peranan masing-masing... terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terbabit," katanya.

Hasni turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Negeri Terlibat Banjir Tahun 2022 (Fasa 1) dan Bantuan Wang Ihsan Johor Tahun 2022 (Fasa 1) sebanyak RM1,500 kepada wakil keluarga mangsa banjir.

Berita Harian X