Sabtu, 8 Januari 2022 | 3:29pm
 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki

'Saya tidak melakukan sebarang jenayah' - Azam Baki

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, bersedia sekiranya kes yang didakwa membabitkan dirinya dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.

Malah katanya, sekiranya kes itu dirujuk, beliau juga bersedia menyerahkan kepada budi bicara Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki (topi putih), Datuk Bandar DBKL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah (topi hitam) dan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, Datuk Md Nasir Md Noh (topi biru) meninjau kolam takungan banjir Sungai Jinjang. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Malah beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan mengejut terhadap pembangunan di Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang, hari ini.

Pada Rabu lalu, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR),Tan Sri Abu Zahar Ujang, dalam sidang media khas menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM, mendapati mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.

Katanya, tujuan panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan yang tular di media sosial kerana ia menimbulkan pandangan negatif terhadap SPRM.

Kelmarin SC dalam satu kenyataan pula berkata, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Berita Harian X