Rabu, 5 Januari 2022 | 3:24pm
Tan Sri Azam Baki
Tan Sri Azam Baki

Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah puas hati penjelasan Azam Baki

PUTRAJAYA: Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yang beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham didakwa miliknya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu yang tular di media sosial dan menimbulkan persepsi negatif terhadap SPRM.

Abu Zahar berkata, Azam menjelaskan adik beliau, Nasir menggunakan akaunnya untuk membeli saham berkenaan pada 2015.

Katanya, Azam memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan bagi pembelian mahu pun pemilikan saham berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, hari ini.

Berita Harian X