Rabu, 5 Januari 2022 | 9:05am
Seramai 1,846 mangsa banjir daripada 562 keluarga di Pahang masih ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi. - Foto BERNAMA
Seramai 1,846 mangsa banjir daripada 562 keluarga di Pahang masih ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi. - Foto BERNAMA

1,846 mangsa banjir di Pahang masih di 32 PPS

KUANTAN: Seramai 1,846 mangsa banjir daripada 562 keluarga masih ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi tadi.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir dari Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Bera dan Raub.

Sementara itu, empat sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing dua di Bera dan Pekan.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera yang merekodkan 32.01 meter (m), berbanding paras bahaya 30.50m.

Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera merekodkan 26.43m, berbanding 26m, diikuti Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencatat bacaan 16.43m, berbanding 14.90m, manakala Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua, Pekan merekodkan 10.65m, berbanding 9m.

Sementara itu, tiga sungai mencatatkan bacaan melebihi paras amaran, manakala paras waspada pula membabitkan lapan sungai.

Berita Harian X