Selasa, 4 Januari 2022 | 6:37pm

Harga ayam, sayur Kelantan semakin stabil

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan akan sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan harga barangan keperluan harian seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran di negeri ini dalam keadaan stabil.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya mendapati harga ayam dan sayur-sayuran di negeri ini semakin stabil dan ada yang turun.

Katanya, ianya hasil pemantauan berterusan KPDNHEP dalam memastikan semua pengguna boleh membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan.

"Kami mengambil berat aduan daripada pengguna. Kita tidak mahu peniaga mengambil kesempatan dengan menjual barangan keperluan harian dengan harga yang tinggi," katanya dihubungi.

Terdahulu, hasil tinjauan di Pasar Wakaf Che Yeh mendapati keperluan barangan basah terutama ikan dan sayur-sayuran mencukupi untuk mena walaupun harga tidak stabil berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Minyak masak paket kekurangan bekalan sejak lebih dua bulan selain harga telur juga naik hingga RM1 bagi setiap gred untuk kuantiti 30 biji sejak beberapa minggu lalu.

Peniaga menyusun barangan keperluan harian ketika tinjauan di Pasar Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Peniaga menyusun barangan keperluan harian ketika tinjauan di Pasar Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Berita Harian X