Khamis, 30 Disember 2021 | 9:32am
FOTO NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
FOTO NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

97.6 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR: Seramai 22,851,542 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap vaksinasi COVID-19, setakat jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman COVIDNOW, seramai 23,146,049 individu dewasa (98.9 peratus) pula telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,752,103 individu (87.4 peratus) juga lengkap vaksinasi, manakala 2,844,678 (90.3 peratus) telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin COVID-19.

Sementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 185,321 dos vaksin diberikan, semalam, membabitkan 3,364 dos pertama, dos lengkap (4,900) dan dos penggalak (177,057).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 57,305,127 dos, termasuk 5,908,852 dos penggalak. – BERNAMA

Berita Harian X