Khamis, 30 Disember 2021 | 7:41am
Kian Choon bersama Ketua Operasi Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh melancarkan produk penjagaan kulit prapenuaaan siri Bel-aek Ageless WonderLab di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rohanis Shukri/BH
Kian Choon bersama Ketua Operasi Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh melancarkan produk penjagaan kulit prapenuaaan siri Bel-aek Ageless WonderLab di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Rohanis Shukri/BH

WonderLab Group sedia solusi kecantikan, kesejahteraan holistik

Kuala Lumpur: WonderLab memperkenalkan WonderLab Group iaitu kumpulan korporat yang menyelia operasi semua jenama kecantikan dan kesejahteraan di bawah CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd.

Dengan pengenalan WonderLab Group, kumpulan korporat itu akan menerajui dua jenama utama iaitu WonderLab dan WonderDewi yang menyediakan penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan lebih holistik kepada rakyat Malaysia.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon, berkata pada asasnya, objektif pihaknya adalah untuk mencabar piawaian dan menjadi Beyond Standards dalam semua aspek.

"Kami teruja untuk mengumumkan perubahan ini melalui pengenalan WonderLab Group dan WonderLab sebagai jenama, sekali gus mencabar diri kami untuk mencapai kejayaan dalam segmen kecantikan serta kesejahteraan peringkat seterusnya.

"Perubahan ini juga dilaksanakan selepas WonderLab meraih kejayaan sebagai peruncit produk kecantikan dengan WonderDewi berjaya menjadi jenama yang dikenali ramai sejak penubuhannya," katanya.

Kian Choon berkata, walaupun WonderLab adalah syarikat yang baru dilancarkan pada Januari 2020, ia berjaya mencatatkan pendapatan lebih RM11 juta pada 2020 iaitu satu pencapaian yang disumbangkan secara meluas oleh kejayaan jenama WonderDewi.

Katanya, sejak penubuhan WonderDewi, ia mewujudkan satu gelombang dalam segmen penjagaan kecantikan dengan produk pertamanya, topeng muka harian WonderDewi yang habis dijual tempoh seminggu dari tarikh pelancaran iaitu purata topeng muka dijual setiap 12 saat.

"Sehingga kini, WonderDewi menjual sejuta topeng muka, manakala dalam tempoh dua tahun jenama itu sudah berkembang kepada 15 produk termasuk menawarkan produk penjagaan kulit kepala, kosmetik dan minuman vitamin," katanya.

Kian Choo berkata, pelancaran Wonderlab Group membolehkan kumpulan itu merancang dan menyusun strategi dengan berkesan untuk memenuhi segmen kecantikan dan kesejahteraan.

Katanya, kumpulan itu juga akan menguruskan operasi dua jenama dalamannya iaitu WonderLab iaitu jenama baharu dan WonderDewi, jenama yang diterima baik serta mempunyai rekod prestasi positif.

"Walaupun kedua-dua jenama ini mempunyai visi untuk menyediakan penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan melalui ciptaan yang inovatif, ia memenuhi keperluan serta kehendak pengguna yang berbeza dan pelbagai.

"WonderLab sebagai jenama menawarkan barisan produk kecantikan holistik lebih premium menggunakan bahan berkualiti tinggi, pada masa sama memberikan hasil berprestasi tinggi," katanya.

Bagi WonderDewi daripada WonderLab pula katanya, ia memenuhi keperluan pencinta kecantikan peringkat permulaan dan mereka yang berjiwa muda.

Namun katanya, ia turut menggunakan bahan berkualiti selain tampil dengan bergaya untuk membantu memulakan perjalanan kecantikan dan kesejahteraan holistik seseorang.

"WonderDewi mempunyai beberapa produk termasuk WonderDewi Sheet Mask, minuman vitamin WonderDewi-C, WonderDewi Chic Lip Tint Mood Collection, WonderDewi Moonlight Glow Hydrogel dan WonderDewi Catz Collection," katanya.

Produk di bawah WonderLab Group dan jenama WonderLab boleh didapati dari mana-mana 10,000 Wonder Stars (ejen jualan) yang ditempatkan di seluruh negara atau di WonderStores.

Sementara itu, Kian Choon berkata, WonderLab semalam melancarkan rangkaian produk penjagaan kulit pertamanya, siri Bel-aek Ageless WonderLab yang memfokuskan kepada prapenuaan.

Katanya, siri prapenuaan itu dirumus dengan teknologi kecantikan Korea terkini iaitu Trio Black Complex, yang terdiri daripada tiga makanan super hitam (black superfood) termasuk beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam.

Berita Harian X