Ahad, 26 Disember 2021 | 10:41am
Beberapa kawasan banjir di Pahang sudah semakin pulih.- Foto NSTP
Beberapa kawasan banjir di Pahang sudah semakin pulih.- Foto NSTP

Jumlah mangsa banjir di Pahang terus berkurangan

JERANTUT: Mangsa banjir di Pahang terus berkurangan setakat 8.00 pagi hari ini apabila 19,839 orang daripada 5,947 keluarga ditempatkan di 137 pusat perpindahan sementara (PPS), berbanding 25,104 orang petang, semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, berkata pada masa ini tiga daerah iaitu Jerantut, Raub, dan Lipis telah menutup PPS yang ada kerana semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir semakin pulih.

Katanya, pada masa ini mangsa banjir membabitkan enam daerah sahaja.

Beliau berkata, Kuantan masih mempunyai 1392 mangsa banjir yang ditempatkan di sembilan PPS membabitkan 354 keluarga manakala Maran mempunyai 1498 mangsa daripada 451 keluarga di 27 PPS dan Bentong masih mempunyai 3718 mangsa daripada 1338 keluarga di 18 PPS.

Di Pekan, terdapat 1717 mangsa daripada 556 keluarga di 21 PPS, Bera mempunyai 2114 mangsa dengan 602 keluarga di 20 PPS manakala di Temerloh ada 2742 mangsa daripada 9400 keluarga di empat PPS.

Sementara itu, beberapa jalan masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di daerah Bera, Temerloh , Maran dan Pekan.

Di Bera, jalan yang ditutup ialah Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Bohor Bahru,Jalan Bukit Serdang, Jalan Kampung Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting–Guai, Jalan Charuk Puting–Selindang dan Jalan Triang 1.

Di Temerloh, jalan yang ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur–Kuantan, Jalan Gemas–Temerloh, Jalan Temerloh-Mentakab, Jalan Bolok-Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/BukitDamar/Lakum, Jalan Kampung Gantok, Jalan Seberang Temerloh, Jalan Kampung Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur dan Jalan Simpang.

Turut ditutup, Songsang-Bangau, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas–Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu, Jalan Bahagia–Belenggu Halt, Jalan Batu Kapur–Sungai Buloh, Jalan Sanggang– Lubuk Kawah dan Jalan Jenderak Loop.

Sementara itu, jalan yang ditutup di Pekan ialah Jalan Teluk Ganchong-Lepar, Pelak–Belimbing dan Jalan Mentiga Terapai.

Di Maran pula membabitkan jalan Pekan Sehari Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Chenor Sekara, Jalan Kening-Pejing, Jalan Masuk Kampung Paya Ladan gdan Jalan Peijing.

Berita Harian X