Sabtu, 25 Disember 2021 | 8:37pm

Rai Krismas secara bersederhana

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak semua pihak bersimpati dengan nasib Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir dan sebagainya walaupun sedang meraikan Hari Natal.

  Perdana Menteri dalam perkongsian ringkas di laman Instagram turut menasihati orang ramai supaya tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19.

  "Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian di seluruh negara.

  "Walaupun Hari Natal merupakan hari kegembiraan, jangan lupa kepada Keluarga Malaysia yang sedang ditimpa musibah banjir dan sebagainya.

  "Juga jaga SOP (prosedur operasi standard) supaya kita sama-sama dapat mengelakkan sebarang jangkitan COVID-19," katanya.

Berita Harian X